Saturday, August 20, 2011

Bisikkan dalam Sanubari



Sabarlah

Bukan Dia tidak memilih kamu

Tetapi mungkin sahaja belum tiba masa untuk itu


Tabahlah

Bukan Dia tidak kasihankan dirimu

Tetapi mungkin sahaja Dia ingin menguji setiamu


Redhalah

Bukan Dia tidak mahu mendengarkan rayuanmu

Tetapi mungkin sahaja Dia ingin hatimu lunak dengan ujian yang bertalu

Dan jika kamu merasa beban di hati itu terlalu berat

Tusukan mehnah terlalu menjerat

Muhasabah dan teruslah muhasabah..


Yang pasti

Dia tidak pernah membiarkanmu

Menjalani kesakitan itu sendiri

Merasai derita itu sendiri


Janji itu pastinya kan tertunai

Andai yang fana tidak kau dapati

Temukan ia di akhirat abadi

Asal kamu redha, redha dan redha


Wahai hati

Kuatkan diri

Dan bisikkan dalam sanubari

Kau tak sendiri


~ Wardah almisk

29Julai 2011

No comments:

Post a Comment