Picture on Devianart
“Kak Sya, kejap lagi anak buah kak Sya datang
nak study dengan akak,” laung Hafizah dari luar bilik. Syahidah yang sedari
tadi menelaah kitab tafsir terkejut dengan jeritan itu. Dia membuka pintu
biliknya dan menjawab.
“Fizah, kenapa jerit-jerit ni. Terkejut kak
Sya. Kan lagi manis kalau ketuk pintu bilik. Bukannya kena bayarpun kan,” Syahidah
berseloroh dengan adik serumahnya.
“Eh, hihi. Maaf kak Sya. Tak sempat-sempat nak
ketuk, sakit perut sangat nak ke toilet.”
Syahidah menggeleng sahaja. Sebagai pelajar
sarjana, dia adalah yang paling tua di antara penghuni rumah itu. Ibarat seperti
kakak sulung kepada ahli rumah sewanya di Irbid, dia menjadi tempat berkongsi
suka dan duka sebahagian pelajar di situ.
Suasana musim sejuk bumi Irbid sangat
membuatnya mengerekot kesejukan. Ini tahun pertama dia berada di luar negara
setelah meninggalkan bumi Malaysia untuk mencari suasana mencari ilmu yang
baru.
Selepas menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia
dahulu, Syahidah pernah berhasrat menyambung pengajian ijazah Sarjana Muda di
timur tengah, tetapi rezekinya di Malaysia. Sesungguhnya semua yang Allah
tentukan ada hikmahnya. Hatinya kini menggigit-gigit kerinduan kepada
ibubapanya di kampung.
‘Ya Allah.. jagai mereka dan kasihi mereka. Berkati
emak dan ayah tiriku serta arwah ayahku yang telah Engkau ambil kembali. Mereka
mengasihiku maka kasihilah mereka. Kurniakan mereka syurga-Mu di syurga Firdaus
yang tertinggi..ameen’
Doa itu terus tersusun di bilahan hatinya.
Syahidah memandang ruang meja belajar, kitab-kitab berbahasa arab tersusun rapi
di sudut menja, di tengah-tengahnya ada
sebuah komputer riba yang sengaja dibuka. Khidmat wireless di rumah sewa
itu sangat membantunya mencari bahan pelajaran dan juga memudahkannya berhubung
dengan keluarga di kampung.
Kebiasaannya dia akan berbalas email dengan
adik-adiknya, dan adik-adiknya akan sampaikan pesan emakayah di kampung. Dia
tenggelam di celah-celam timbunan email, lalu merenung sebuah email yang
menggamit hatinya pada kenangan lalu yang merupakan sebuah ketetapan ilahi yang
telah Allah sediakan untuknya.
No comments:
Post a Comment